Friday, February 17, 2012

pelikkah engineer a.k.a programmer cakap sorang-sorang??

ade ke patut??
ade ke?? patut ke??
betul ke engineer or programmer ni slalu cakap sorang-sorang?

pada suatu hari, ketika aku sedang berompak-ompakan di Dominos, time tu xde order, boleh la nak ompak-ompakan kan, datang seorang kawan ni yang kami panggil Mamu, masa tu aku sedang mengangguk-angguk kepala sambil mataku tertumpu ke arah jadual kerja yang dicetak diatas sekeping kertas dan ditampal didinding dan mulutku terkumat-kamit tanda paham akan jadual tersebut. Mamu bercakap sekuat hati kepada ku seolah-olah aku berada jauh beribu batu, padahal jarak kami setakat 30cm je kot. aaaarghhh.. kuatnya.. sakit telinga aku.. ayatnya begini, "engineer macam kau ni selalu cakap sorang-sorang kan.." What?? aku terkejut.. ada ke patut?? patut ke?? ada ke??  iskkk iskk iskk..
baru la aku perasan hari ni, selama beberapa bulan duduk kat sebelah bos, dah tinggal beberapa hari jek lagi nak bla ni, rupanya memang hari-hari la bos aku ni(FA engineer) akan bercakap dengan apa saja objek yang ada kat depan mata dia. tak kira samada desktop, phone, keyboard, signboard, billboard dan macam-macam la.. terkumat-kamit, terangguk-angguk, tergeleng-geleng, tangan mengawang-awang, hahaha semua dilakukan secara tak sengaja mungkin. dan aku telah mewarisi sedikit sebanyak tabiat ini..  
housemate aku(PE- product engineer) pun mempunyai habit yang sama. hampir setiap malam la aku diganggu dengan bunyi-bunyi bising dari perbualan housemate aku dengan laptop dia, kadang-kadang sampai aku pun terkejut bila housemate aku ni tetiba menjerit " Haaa!! betul la kan.. bla bla bla.." sambil tangannya menuding kearah kawan palsunya itu.. hahahaha..
mungkin situasi diatas boleh menjadi jawapan kepada persoalan diatas juga..
jika anda seorang engineer a.k.a programmer, adakah anda mengalami simptom-simptom penyakit yang sama?? silalah datang ke pusat perubatan islam jakim untuk pemeriksaan lanjut.. hehehe

selepas seorang engineer di Intel, apa pulak la aku akan jadi selepas ini kan??
 adakah seorang cikgu??
oh cikgu capa!!
adakah seorang manager dominos??
HTA Please!! Welcome to Dominos Pizza!! Manager Syafa speaking!!..
adakah seorang bibik penjaga Anas??
alahai babyku Anas..
@
seorang housewife kepada Encik ShaifulRizal??
aduhh abangku sayang.. ngeee~~~