Thursday, June 30, 2011

Kawan Baik..


Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan
baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang
baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada
kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Wednesday, June 22, 2011

"Mereka" pergi bersama "Dia"..

Sepi.. disini aku sepi.. 
Sendiri.. disini aku sendiri.. 
mengapa mereka pergi?? 
(cewah.. macam lirik lagu plak..)
malam aku mimpikan seseorang yg jauh nun beribu batu..
jelas sgt wajahnya.. 
rindukah aku??

tapi ada sesuatu buat aku xmnentu.. 
mengapa mereka begitu?? 
mengapa mereka juga seolah2 pergi dari aku?? 
ermmm..


rindu.. oh rindu..


Tuesday, June 14, 2011

Penang oh Pening..

Macam biasa, hari2 pegi kerja dan pening.. pening ngan kerenah warga Penang memandu..
pening dengan jam yang merata2 kat Penang nih.. adooiii.. depan rumah aku pun jam jugak..
aku suka berjalan, tapi aku xsuka duduk lama2 atas jalan.. arghhh.. tension2.. aku nak rotiiiii.. roti.. roti.. kilang gardenia tak keluarkan stok roti tuk orang2 Penang ke ha???

arghhh.. sungguh %&%#$**@! dahsyat giler la.. yang potong queue tu jangan cakap la dahsyatnye.. dahla awok tu potong queue, buat2 jadi budak baik pulak tuh..ayyooo.. lastly aku pun ikut sama nak potong queue.. kesian kat orang yang baik2 nih..

dan akibatnya, sejak 3bulan aku duk Penang ni, udah 2kali aku terima surat cinta dari incik abang polis yg nsem tuh.. ini gara2 William Potts la nih yg create traffic light.. muahaha.. waduhh.. siapa sih yg mau nolongin gue mbayarin saman ini..

tak kurang jugak yang beli kereta kena tipu dek agent tu.. yang ni 1 lg jenis manusia kat Penang ni.. xtahu la dari jenis ape.. kereta xde lampu signal pun diorg beli gak.. bang..oh.. bang.. kereta abang tu xde signal la.. p la tukaq kete lain yang ada lampu signal.. ramai sangat yang xreti nak bagi signal.. ermm.. memang nak merasa ke kereta hang kena sodok ha?? 

eeee.... relax.. relax.. kita tido dulu yek.. daa..

Monday, June 13, 2011

Bunga oh Bunga..

Alhamdulillah.. today im felt much better than yesterday.. ermm..
let me tell u the reason that made me smile and keep smiling even before im going to sleep tonight..
hehehehe..
its because of this beautiful flowers..
owhh.. im falling love to this yellow flower..
and hari ni jugak im lucky sebab ade auntie sorg ni dtg nak beli bunga jugak.. then she requested for some treatment water for her flower.. terpinga2 jugak la.. what that kind of water ek??.. then she told me that this water can make flower tahan lama.. at least for 1 week.. woww.. lama jugak tu.. this water imported from cameron highland tuh.. susah tu nak dapat woo..  org2 yg ade knowledge about flower and lucky jek akan dapat air ni.. so lepas ni jgn lupa mintak air ni skali ye if nak beli bunga..
hopefully la bunga2 aku ni bleh btahan tuk seminggu ni.. i'll buy for some other flower next week.. hehehe.. 

falling love to this white rose..
others said, its mean you’re heavenly, reverence and humility, innocence and purity, and secrecy.. 
woww.. 
guess who that little boy.. is he the same person with that big boy??
jeng jeng jeng..
honestly, i miss him very much..
macam anak orang belanda kan?? brambut perang dan bermata coklat.. miss u la baby..
see how the yellow colour treat your heart.. actually i dont know what the specific name it is.. but its seems like kekwa kan..



yeahh.. we're hiding at the background..

 okay.. im going to sleep.. good night my beautiful flowers, and my dearest silent readers.. heeee..


Saturday, June 11, 2011

Dia pergi lagi..


......
...........
...................
tak terkata ape2 lg dh.. sambil menaip sambil mengelap airmata.. sobsob..
tapi yg pastinya Dia dah pergi lagi tinggalkan aku disini..
...................
...........
......

sorry ibu.. xsengaja ternangis kat ibu.. sedih sgt2..
sy tau ibu pn sedih anak bujang ibu pergi jauh tp.. anak bujang ibu nak cari rezeki kat sana kan..
(rasa macam nak balik johor jek.. nak peluk ibu...)

dan yang paling pasti, raya aku tahun ni tanpa si Dia lagi..

sob..sob..


sob..sob..

Semoga abang sihat2 selalu nun jauh kat Hiroshima, Japan..
walaupon Hiroshima tu jauh dr Tokyo yg bru lepas bencana tsunami, tp saya tetap risaukan awak..
xmo dh bawak penyakit gatal2 kulit macam tahun lepas.. kesian sgt..  
xmo jugak gambo2 ngan awek2 jepun tuh.. jeles3..
ingat saya selalu..hehe.. mengedikss..
 saya akan sentiasa doakan yg terbaik untukmu..
InsyaAllah..kita jumpa hari raya ke10 nanti.. jangan xjadi balik sudah..
kang mengamuk makcik capa nih..

time macam ni aku suke sgt dengar lagu search-hilang dalam terang n alyah-kisah hati..
lagu jiwang tuh.. hahaha.. sekali skala layankan jek...

sob..zzzzzz...krokhhh..krokhhh..

Monday, June 6, 2011

Aedes, denggi, dan fogging lagi..

Salam sejahtera semua..

wahh.. si capa ni dah nampak bsemangat semula nak berblogging.. heee
bukan ape, saje nak bcerita pasal rumahku yang di fogging semalam dan hari ni.. pelik kan?? kenapa sampai 2 hari bturut nak fogging?? semalam xde la berapa nak banyak sgt asapnye.. tapi hari ni asap fogging tu tersangat la memeranjatkan.. tengok jela gambaq kat bawah ni.. macam ade ribut snow plak.. huuuu


betapa dahsyat nye la operasi kali nih.. aku agak la ni mesti sebab dah ade kes demam denggi.. maklumla smnggu lepas panas yg terlampau sampai cecah 32'c.. nyamuk pun mula la beranak pinak..


kesimpulanya: HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI.. heee.. :)
daa.. cukup2 dulu..