Wednesday, November 18, 2009

Exam Season n Honeymoon..

salam sejahtera..
hampir 2 bulan aku x mengutuskan khabar kat blog nih.. tempoh yang agak lame.. dek kerana kesibukan menyiapkan kerja2 sekolah yang bertimbun.. multimedia projek, library information kiosk, ICT conference la, Tafsir mu'tamar la, marketing planningla, CEO interviewing sesion la n banyak lg keje2 sekolah yang aku kena siapkan sbelum masuk exam week..

time exam plak macam nak mati je.. jadual exam yang menyeksakan dan mengharukan hidup aku.. 7 subjek untuk dihabiskan dalam masa 2minggu.. mane tak seksanye..

3hb - Human Computer Interaction
4hb - Multimedia
9hb - Organization Management
10hb - Tafsir
13hb - English n Marketing
16hb - Kajian Quran dan Hadis di Era ICT

caye x kawan?? sume ni aku dah lalui mngu lepas.. yahooo... skang ni time nak ber"foya2", semalam dah bcuti kat Teluk Sepang ngan member2 QM.. ((pic akan di upload pada sesi akan datang ye)) best giler.. 4jam aku berendam dalam laut masin.. macam ikan direndam dan bakal di salai.. hasilnya, muka aku dah merah padam macam ikan kena sembelih.. ((ade ikan kena sembelih ke??)) badan aku plak sakit2.. lenguh sane sini.. mane taknye.. naik pencil boat, then kena campak dalam laut.. 4kali beb.. bayangkan la.. aku yang xpandai berenang ni die suh duk diam2 dalam laut dalam.. eeeee... takutnye.. teringat mse dulu blik dr indonesia, naik feri yang macam nak karam.. eee..

tapi best tau... tempat tu biase je sebenarnye.. tapi sbb dtg ngan kawan2 kan.. ramai plak tu.. tu yg tambah syok.. hehe..

sudah dulu ye beb.. lain kali aku masuk entry lg.. hari ni nak main bowling kat Seremban Parade ngan ex-bos ((dulu bos, skang dh jadi member bisnes aku)) hehehe..
bye3


Friday, September 11, 2009

rindunyerr..

salam..salam..salam.. wahh.. lame sungguh aku x menulis (menulis mngunakan keyboard?? kih3) dek kerane "kebusyan" melayan kerja2 sekolah yg banyak berlonggok2 n melayan customer di kedai baru aku..hehe.. malam ni aku rasa sepi seorang perindu.. apelagi.. "mengupdate" blog la plak..

kedai aku tu dah lame bukak, tapi belum ade kesempatan nak promote dalam blog..

ni la die kedai baru aku..

sila la datang beramai2.. servis yang ditawarkan: fotokopi, printing, binding, setem n pos express, minyak wangi original dr france, n macam2 lagi la.. sila datang..sila..sila..


suasana kedai aku waktu berurusiaga..perghh.. ramai.. xckup tangan nak layan..oleh itu, aku perlukan lebih ramai pekerja, x kira la full time @ part time worker..




klu ade yang berminat nak kerja full time @ part time amatla dialu2kan..sila la contact untuk sape2 yg berminat nk keje tu.. hehe..
maklumat lanjut bleh tgok kat ad yg aku letak kat mudah ni..
http://www.mudah.my/vi/3888001.htm


kesedihan terubat jugak dengan membusykan diri kat kedai ni.. xde la duk termenung pikiaq hati aku yg dah hancuq..hikhikhik.. bye3..

PENN OFFF..

Wednesday, July 8, 2009

Musim Baru..

Assalamualaikum..
Kesibukan menyetup kedai yang akan di buka akhir minggu ini...
Semester baru dengan azam baru, huhuhu..
Selamat maju jaya..

Saturday, July 4, 2009

Lagggiiiiii...Ambil DNA mayat bayi..

JOHOR BAHRU: Polis mengambil contoh DNA mayat bayi lelaki ditemui mati di sisi seorang bekas siswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang turut meninggal dunia selepas melahirkan anak dalam sebuah bilik di asrama universiti itu, Isnin lalu.

Contoh DNA itu diambil bertujuan mengenal pasti identiti bapa bayi wanita berusia 26 tahun itu yang turut menjadi buruan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya kini menjalankan siasatan terperinci meliputi semua aspek walaupun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikaitkan.

Katanya, sehingga semalam, pihaknya belum membuat sebarang tangkapan dan masih menjejaki lelaki yang bertanggungjawab terhadap kehamilan wanita berasal dari Kelantan itu. “Bedah siasat dilakukan mendapati wanita berkenaan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah ketika melahirkan anak bersendirian.

Sementara itu, Penolong Pendaftar (Media dan Hubungan Luar) Jabatan Hal Ehwal Korporat UTM, Sabri Ahmad berkata, wanita terbabit pelajar yang tercicir dari universiti.

Beliau berkata, mangsa itu yang berusia 26 tahun gagal peperiksaan semester pertama dalam tahun keempatnya pada November lalu.

“Dia menyewa bilik di asrama itu sejak 11 Mei dan sebelum ini pelajar fakulti Sains,” katanya.

Orang luar dibenarkan menyewa bilik di universiti itu mengikut kes.


Nantikan kesudahannyee.. ade yang jumpa gambar boyfriend die dalam wallet.. meh tunjuk.. aku nak tolong cari manusia yang xbertanggungjawab ni yang lebih hina dari binatang.. binatang pun tau erti tanggungjawab..


Wassalam..



Lawatan ke Crime Scene

Salam..
Hari ni, berjalan keliling kota JB..macam biasa.. window shopping dengan 2 kakak ku itu.. dan perjalanan kami tu di akhiri dengan menyinggah di kolej adik aku kat UTM.. huhu.. rindu seh ngan adik aku yang bulat tuh..

Sambil2 tu kitorang sempat la jgak nk melawat bilik yang didiami oleh arwah najihah (yang mati akibat derita melahirkan anak luar nikah-xtau la suka same suka atau mangsa rogol..) kosong..
xde ape yang tinggal.. bilik di biarkan kosong dengan tingkap terbuka, kipas yang berpusing laju dan lampu yang bercahaya.. dan ade kesan titisan darah.. kakak aku kate masih berbau, tapi aku xde pulak terhidu ape2 sebab hidung aku tersumbat dek perbuatan hama2 resdung.. bau tu ambik mase yang lame untuk hilang mungkin sebab campuran darah nifas dan uri bayi yang terbiar lebih dari 3hari serta bau yang biasa di keluarkan oleh mayat yang dibiarkan selama beberapa hari tanpa sebarang bahan pengawet.. so, bau die cukupla untuk bertahan selama seminggu nih..

huh..seram.. tapi perasaan simpati aku ni lebih hebat dari ketakutan melawat crime scene.. sempat jugak la menghadiahkan Al-fatihah untuk arwah walaupun aku yakin ini xmencukupi untuk arwah 2 beranak ni.. semoga rohnya mendapat rahmat Allah.. walau ape sebab sekali pun arwah berjaya mengandungkan bayi itu selama 9bulan..

perjalanan aku siang tadi membuatkan mata aku x boleh di tutup pulak malam ni.. ermm..

PEENNN OOFFFFF....ZZZzzzzzzZZZzzzzZZZZZzzzzzzzzz.............

Tragedi di bilik asrama UTM

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.



Salam semua.. sangat tragis dan menyayat hati.. kasihan anak tidak berdosa pun ikut terlibat meninggalkan alam bumi..
Sekitar hari kejadian aku pun ade kat kolej 9 tuh.. Selesaikan pendaftaran adik aku.. dan aku sempat berlegar2 la kat kawasan bilik tu sambil berjalan2 dengan adik aku sbb xnk bg die buat bising kat pavillion tuh sementara tunggu pendaftaran selesai. so, aku pun jalan la pusing2 kat blok tu. X sangka pulak ade 2beranak yang menderita kat situ.. n kalau diberi kesempatan dengar tangisan baby tu, mungkin akan aku selamatkan mereka.. tapi ni semua takdir dan ajal.. aku xdengar ape2 pn mase melintas kat kawasan tu.. doakan kesejahteraan mereka berdua je la yang aku mampu..
nasib la adik kecik aku tu x demam2 terbau haruman dari bilik tu.. tapi aku pulak yang demam.. iskh3..

Ini ikhtibar untuk semua..terutama anak2 gadis.. jage diri, ingat la betapa susahnya ibu menderita melahirkan, dan banyaknya pengorbanan ayah membesarkan.. jangan di tinggal keaiban dan maruah yang tercalar untuk mereka..

ke mana la hilangnya ayah si bayi dan teman berseronok (si jantan berhati syaitan) mangsa ni.. kalau dia selamat dari hukuman dunia sekalipun, xmungkin dia akan selamat azab di akhirat.. pasti roh 2beranak ini akan menuntut hak kehidupan mereka.. tunggu je la ye..

Al-fatihah untuk arwah Najihah Abas dan anaknya itu..

Tuesday, June 30, 2009

Percutian yg menarik..

Salam sejahtera semua....
Lame sudah aku x letak new entry.. maklumla keje yg menimbun termasuk cuti yg panjang (3hari je..kira lame la jgak..) membuatkan aku xsempat nk mbelek blog sndri.. sume keje aku dh hampir settle..tinggal nk upload website je.. tu keje boss aku la..so skang aku nk ubat kerinduan nih.. Sabtu lepas aku sibuk menguruskan pendaftaran adik aku yg baru nak melangkahkan kaki ke menara gading gajah di Skudai nih.. Sorang lagi anak mak aku pergi jauh demi untuk menuntut ilmu dan melaksanakan tanggungjawabnye sbagai anak dan kakak.. ("xjauh sangat pn mak.. kat UTM je.. tiap2 minggu boleh balik mak.. mak jgnla sedih yeerr mak.." hehe..)
Selesai pendaftaran hari tu aku bawak la mak aku g jalan..hehe..syok dapat jalan..terubat rindu aku kat makayah..

Ni adik aku yg dah join Mawi's Venture..
botak dan berperut bulat..kuikui..
Ayah sabar menunggu Intan selesai menguruskan
pendaftaran di Kolej 9, UTM..
Thanks k.siti IT sbb banyak tolong kami..( jadi pemandu pelancong..)
hehe..
Ape2 pn, selamat menempuhi alam orientasi la ye adikku serta roomate barunye tuh..hehe..

PEN OFF..!!

Tuesday, June 23, 2009

Ku ingin kamu - Romance





Romance - Aku Ingin Kamu

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin engkau jadi milikku
kuingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Chorus:
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Back to chorus

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku

Back to Chorus

Chorus 2:
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Kuingin selalu menjagamu

Back to Chorus2 [3x]

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas

Lagu ni masyuk..very touching..and i got dis song from my ex-hubby..but now cuma tinggal kenangan dan janji.. Sodih bonar den nihh..

Thursday, June 18, 2009

Respons..

Respons dari k.Linda (Post-Doktor klinik Swasta- merangkap BOSS aku da..).. aku cari sesape jer yg boleh bg jawapan ni sebab nak bg puashati diri sendiri.. minuman favorite aku tuh..

  • yogurt biasanya mengandungi bifidobakteria, oksigen, co2, kultur hidup (agen fermentasi)
  • bila basi, agen2 fermentasi membebaskan o2, so meletupla..
  • kemungkinan ada bahan tercemar masa pakaging..
  • keadaan ni dah biasa berlaku pada yogurt sebab yogurt sangat sensitif..

She said (merendah diri lagi tuh) : "saya bkn dietician, awak cari la orang lebih pakar kat UTM tuh.."
Fuhh.. cukup la tuh.. aku malas nak cari dah.. nanti xpasal2 aku dah xboleh minum air ni dah..
puas hati???

Wednesday, June 17, 2009

Kemuskilan baru!!

Pernah minum air ni x kawan2? semalam aku beli air ni kat Jusco.. air favorite aku tuh(nak diet la tuh kononnya..!! kihkih.. malam td kononnye nk minum la.. tp malang sekali air tu dah basi.. aku bukak penutup then ade bunyi "buzz".. same la bunyinya bila aku bukak air berkarbonat.. agak pelik la.. selalunya xmacam tu pun.. tarikh expired pun lame lg.. 6-Julai-2009.. musykil.. musykil..

Then, malamnya time tu aku sedang nyenyak tidur, botol air ni meletup.. "Poooppp!!" penutupnya tercampak sejauh 1meter dari botolnya..dan ada beberapa biji telur duduk di sebelahnya..telur tu jatuh dan pecah jgak..pelik kan..


Dinding tu pun terkena percikan air botol nih.. Jenuh gak aku mengelap pagi2 buta..

Tekanan di dalam botol menyebabkan telur jatuh dan pecah..Ape kess??


Air ni dah basi..berbuih lagi..


Beberapa kemuskilan pada air nih..bahan ape yg terkandung sampai dia boleh meletup dengan dahsyat sekali???.. sesape tau sila la komen yer..!! Niat dalam hati nak buatkan research kaji air ni tuk master aku nanti.. hihi..

Monday, June 15, 2009

Maahad Pontian!!! Aku datang lagi!!!

Selamat..selamat..
Hurmm..cuti hujung minggu macam biase jer..aku habiskan hujung minggu kat rumah Pak Ngah kat Taman Melati, Johor Bahru..sajer nak jalan..rindu ngan mak ngah aku tuh..
Yang best sekali bila pak ngah nak hantar abg Afiq balik ke asrama..kat sekolah lame aku tu..Maahad Pontian..nak ikut..nak ikut..!! Sampai kat sane, agak terkejut la..banyak dah berubah..bangunan baru bertambah tumbuh bagaikan cendawan..kih..kihh..
ni picture2 sekolah aku..rindunyer zaman sekolah dulu..


Ni hostel aku dulu..bangunan segi empat tepat..orang kate macam bangunan penjara..tapi inila tempat aku membesar dan mencari ilmu sampai la aku dapat masuk U nih..


banyak jugak mural kat dinding tuh..cantik ar lukisan adik2 junior aku nih..


wahh..Exam counting..exam dah dah xlame..study ye adik2..


kelas aku dulu kat tingkat 4 atas nuh..tinggi kan..aku ni jer yang xtinggi2 lagi..

Tapi aku agak terkilan la xdapat jumpe cikgu2..yela..nk jumpe macam mane nyer..aku datang hari ahad, cuti sekolah plak tuh..memang la xde cikgu nak datang..dapat tengok bangunan jadi la kn..
sudah la dulu..lain kali tambah entry baru lagi ye..wassalam..

Friday, June 12, 2009

Lawatan Bekerja di UTM..

Salam bahagia tuk semua..
Dah masuk bulan ke-2 aku kat UTM ni, baru hari ni aku dapat melancong pusing2 kat UTM ni..besaaar..ni ade la ole2 ckit..gambor je..jemput la..jemput tengok2..hehe..

Di Taman Botani..
Rusa UTM..gemuk2 rusa tu kan..

Siwman said: "aku tengok kau, kau tengok aku pulak..kelakar la..hehe"


My friend; Siwman..
Akar pokok yg unik..ikut shape block lantai tu kan..menarik2..

Akar ni pun pelik dan cantik..
Ok la..aku nk sambung study JOOMLA ni..lain kali aku add cite lg..cau..wasalam..

Wednesday, June 10, 2009

Rabbani - Munajat..

Tuhan..
Ku bisikkan kerinduan..
Keinsafan pengharapan..
Tuhan ku bisikan kerinduan..
keinsafan..
pengharapan..

Tuhan..
Kusembahkan pengorbanan membuktikan kecintaan..
Bisikanku untuknu..
Munajat ku mohon restu..
Semoga cinta ku bukan palsu..
Arah desiran penuh syahdu..
Gelombang lautan rindu ku..

Tuhan..
Kusembahkan..
Pengorbanan membuktikan kecintaan
Munajat ku dalam syahdu..
Merindui maghfirahmu..
Mardiah mu..
Dalam restu harapan tulusnya hati ku..
Kurindukan pimpinann mu..
Keagungan mu dalam doaku..
Kebesaran pada kudrat mu..
Ia membina rohaniku..

Tuhan..
Ku bisikkan kerinduan..
Keinsafan pengharapan..
Tuhan ku bisikan kerinduan..
keinsafan..
pengharapan..

TQ my fwenzz..lagu ni syahdu betul la..Insaf aku..janji xnk buat jahat lagi..

Halal dan Haram

Assalamualaikum kawan2 semua..hari ni kita muhasabah diri sikit ye..betapa la setiap kejadian Allah tu ade hikmah di sebaliknya..pada setiap yg Allah perintah itu ade kemanisan dan kenikmatan..dan pada setiap larangan Allah itu ade keburukan dan balasan..macam tu jgak dengan pengharaman khinzir, pembawa virus H1N1..sekarang seluruh dunia sedang berperang dengan virus ini..yg aku peliknya ni ape tau..bile virus tu datangnye dari nyamuk dan burung, kita semua di suruh bunuh vektor2 ni dan habitat2 nye sekali, tp bile virus tu khinzir yg bawa, xde pulak orang nak hapuskan pusat2 yg penternakan khinzir ni, makin nak dibina kawasan ternakan khinzir terbesar di Asia ni pulak..ermmm..ape nk jadi la..

Jom kita baca kisah menarik di bawah..jawapan saintifik pengharaman khinzir ni..
Klik pada image untuk membaca kisah halal dan haram..




Sekian dulu..lain kali add new entry lagi..Wassalam..

Birthday k.Lina

Assalamualaikum dan Salam sejahtera jugak buat anda yang membaca blog pupupu nih..
4th Jun lalu genaplah umur k.lina aku tu 30 tahun. hehe, tua dah kakak aku tuh..tua2 pun ade lg org nk celebrate tuk die tau..aku la tu..petang tuh lepas balik keje, walaupun penat tapi aku still larat nk planning tuk celebrate besday die..aku planning dalam kete je dengan adik amy..ktorg pn terus gerakla g ke Jusco nk mencari kek la..pusing2 5kali xde yg bkenan di hati..lain yg aku cari lain yg dapat.. ni la die adik amy..awek gak yg die dapat..


kalau lebih cantik dari aku ni xpe la jgak.. aku bleh terus planning tuk majlis die je.. Hammpehhh..

Aku dah pening xdapat kek yg aku nak..aku pun pegi la kat sebuah kedai tudung nih..bukan nk beli tudung tp nk usha kawan aku nih.. Syidah Pian.. dia suggest beli je kek kat satu kedai nih..ape lagi..aku cabut la.. dapat la sebiji kek yg tak la murah sangat..


Petang tu jugak kitorang celebrate sebab k.lina ade kelas tuisyen malamnye. Malam tu plak, abg Najib, her husband la, nk celebrate jgak, lepas k.lina habis kelas tuisyen je abg Najib terus bawa k.lina g ke Danga Bay, jauh tu..ktorg pn xnk la lepas kan peluang..ikut la beb.. aku sempat lg nk interframe dengan si Muaz nih..hehe..

ber"background"kan rumah Limas Johor..quite gelap la..nasib baikla xde "orang2 asing" dlm rumah tuh..maklumla dah tengah malam, aku capture gambar ni pukul 12.00am..malam Jumaat plak tuh..hehe.. Seram kan.. dah kenyang makan ktorg pn balik la.. budak2 ni pun dh mengantuk.. aku pun lebih kurang mcm diorang la..hehe..
Orait..lain kali aku letak entry lagi..buibui..wasalam..